Apabila anda masuk universiti , matriks , asasi, diploma, stpm .....

 Apabila anda masuk universiti , matriks , asasi, diploma, stpm, IB, A-level ..... dan ..... sebagainya .. haa sambung sikit tajuk di atas.

sebelum tu lebih mulia sebenarnya dimulakan dengan ucapan Assalamualaikum w.b.t . eheh .

bukan apa , dah lama sebenarnya takde passion nak update blog sebab macam busy sangat , ceh . nak deactivate macam sayang pula. tergerak hati nak update bila tengah browse2 meluangkan masa depan laptop terjumpa la pasal satu kes di mana pelajar2 universiti bergaduh tentang pointer . bukan nak mengungkit perkara dah lama tapi untuk peringatan adik-adik akak-akak abang-abang dan semua student (peringatan untuk diri sendiri juga) , sebagai seorang yg terpelajar , dan yang dikurniakan Allah rezeki untuk menimba ilmu-Nya dan segala apa yang ada dalam dunia ini hak milik kekal dan abadi hanya kepada Pencipta, sepatutnya things like this shouldnt happen la kan. btw, i'm one of the student of the university yang disebut2kan and saya tak berniat nak memihak kepada mana2 pihak sebab saya rasa mcm ini sangat TIDAK PATUT. untuk adik2 yang alhamdulillah dapat sambung belajar tu , you have to bear in mind , di mana2 kita ditempatkan itu adalah perancangan Allah yang Maha Berkuasa , setiap yang ditentukan itu pastinya baik untuk hamba2-Nya. . nak membanding2kan university or apa2 je lah kolej sepatutnya tak perlu . kita kena campak mana2 pun kalau tak usaha tak berjaya , dan orang yang menulis status di twitter itu pun sebenarnya sangat tidak matang maybe ada kawan2 dia dari univ tersebut yang berkecil hati dan sebagainya . mungkin dia tak berfikir panjang bila dia tekan "tweet" atau pun sedang menenangkan hatinya. lullz. perkara dah lepas kan? manusia buat silap , kita belajar daripada kesilapan.hope takde dah la benda2 macam ni terjadi . kalau involve aku yang diperkatakan dan direndahkan pun rasa nak membara je sebenarnya. yang tak bestnya bila baca comment2 di facebook atau twitter , bawah tu penuh lagi pula dengan masing2 membanggakan univ masing2 .

kalau pun ada kelebihan tak kiralah dalam apa jua aspek , we should know that as a human being that is being created by the One and only , kalau Tuhan nak tarik nikmat , dalam sekelip mata dia boleh tarik , nau'zubillah . tak perlu berbangga dengan apa yang kita ada . kalau dah grad nnt , achievement in academic percent dia tak banyak pun, ulat buku sekali mana pun kalau susah nak bawa diri , nak survive , even daripada sekolah straight A memanjang , kat U 4 rata memanjang , kalau takde kualiti , susah juga . better kita doa sama2 untuk kawan2 dan muslim sesama kita berjaya insya Allah dunia akhirat . kan lebih manis cenggitu :) setiap universiti itu ada kelebihan dan OBJEKTIF KENAPA MENGAPA ATAU BAGAIMANA gred ditentukan adalah BERSEBAB. tiada istilah univ ini lebih bagus , univ itu lebih bagus , apa kata campak jauh2 persepsi melihat ranking , cara , dan etc. usaha bersungguh2 berbakti kepada ibu bapa, keluarga , dan masyarakat dan yang paling penting agama. (cehhh, karangan ke apa ni) .

untuk adik2 yang baru nak melangkah ke alam selepas sekolah , SPM bukanlah segalanya, keputusan SPM melayakkan kita untuk terus menjejak ke alam yang baru je . bagi yang berjaya Alhamdulillah teruskan , itu rezeki jangan dipersiakan . bagi yang kurang , jangan putus asa, ada perancangan yang lebih baik. mana2 aspek yang kita pergi , insyaAllah boleh berjaya kalau pandai cari cara , dan berserah semua kepada-Nya. ingat , hidup ini bukan untuk EXAM. yang lebih kekal adalah akhirat . tapi Allah dan nabi tidak mengajar kita untuk hanya tertumpu pada suatu perkara kerana setiap perbuatan yang baik kerana Allah s.w.t adalah ibadah, macam mana untuk terus maju kalau tiada ilmu . ilmu sangat dipandang tinggi di sisi Allah s.w.t . kalau tiada kemajuan diri , mungkin lebih susah untuk kita beribadah dan berbakti di dunia . buang jauh2 persepsi pandai atau tidak, pandai bijak berjaya adalah sesuatu yang subjektif .

sebenarnya sebagai manusia , di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung . macam saya pelajar uia mestilah yang saya nampak kelebihan uia je memanjang dah takkan lah nak memburukkan tempat belajar sendiri kan. so berhati2 apabila bercakap , takut timbul riak.

ini je kot yang dapat dikongsikan , yang baik ambil sebagai pelajaran ya. yang keruh tu buang jauh2 . ambe ni manusia tak sempurna. cehhhh ekekekekekeke.

zozozozo

1 comment:

Mencoretan anda diterima kasihan oleh saya =)