Taman Tergantung Babylon
Sebenarnya aku dah lama tau tentang Taman Tergantung Babylon ni . Pernah juga bercita-cita nak pergi . Sebab dulu aku ingatkan Taman Tergantung Babylon ni betul-betul tergantung . Punya lah aku fikir dia gantung rupa mana . Rupa-rupanya aku ditipu sahaja . atau sebenarnya aku kekurangan ilmu? haihhhh
Taman ni sebenarnya tak tergantung tetapi nampak macam digantung oleh kerana tamannya dihiasi pokok tirus yang macam benda tu terlekat kat langit ? ada faham?
Taman ni juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis . Dulu dipanggil Babylon tetapi sekarang tempatnya adalah Iraq . Seperti yang anda semua tau ( kalau tak tau sekarang sila taukan diri anda ) taman babylon ni adalah salah satu daripada tujuh keajaiban dunia . Kalau tengok gambar kat atas ni memang cantik kan?
Sesetengah punca membuktikan taman tergantung ini dibina untuk menggembirakan hati isteri raja Nebuchadnezar iaitu Amyitis . Amytis ni macam kena paksa kawin (kot) sebab nak menyatukan dua buah negara . kampung halamannya subur menghijau dan macam-macam perkara yang menyejukkan mata , tiba-tiba kena pula tinggal di kawasan yang tandus dan rata (mesopotamia). maka Amyitis ni pun sedih . nak tau lebih lanjut ? silakan click di sini :) TAMAN TERGANTUNG BABYLON
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahhhhhhhhhhhhh!! ni mesti da katam bnyk kali buku sejarah ni..hihihi
ReplyDeletebukanla ..aku search2 kat internet tadi . terjumpa . huhu
ReplyDeleteeleeeeyy..tipu..;p
ReplyDeletehahhaha
Suka entre ni.... kebetulan juga sedang mencari maklumat ttg taman tergantung babylon ni... Mohon copy mana-mana yang patut..
ReplyDelete