Emm , lagi 2 hari aku nak melangkah ke alam baru. Aku masih lagi macam ni. Takde yang luar biasa. atau mungkin dalam biasa aku dan Allah sahaja yang tau. dan aku tidak lagi berniat untuk menceritakan perihal peribadi dalam blog ini.. nahhh .. mungkin bahasa sangat berterabur tetapi dalam diam aku cuba untuk membina identiti diri yang sebenarnya tanpa ada pengaruh dari lain. dan ini lah aku yang sebenarnya. Tanpa sedar aku sebenarnya dah bergelar mahasiswi. Yang dahulunya akal fikiran hanya dalam kotak dalam sekolah atau dalam puncak alam sahaja . Mungkin kali ini , BERHIJRAH adalah salah satu perkara penting dalam prospek diri yang kerdil ini. Dalam masa percutian selepas tamat jiwa dan raga sebagai student sekolah, banyak sebenarnya perkara yang membuka mata hati aku . contohnya, pengalaman yang aku dapat selama bekerja di burger king shah alam sama ada kerenah kawan sekerja mahupun kerenah para pelanggan. dan juga pengalaman bekerja dalam ofis , dan perasaan gementar walaupun kena marah dengan pelanggan dalam perbualan telefon semacam mahu runtuh je dunia ni.
Setiap penjuru dalam kehidupan ada ceritanya, cerita yang hanya disemat dalam hati dan aku sedar aku masih tidak mampu mengolahkannya dalam bentuk ayat sekalipun. Ini lah aku sebenarnya, aku suka mengimbau pengalaman sejak dari kecil. Pengalaman mematangkan jiwa katanya. ye keee? hmm bagi aku sebenarnya akal dan fikiran yang matang yang melihat sesuatu kejadian seterusnya mengekspresikannya tak kira dalam apa jua bentuk, itulah yang membentuk diri ini.
xoxo Assalamualaikum xoxo
No comments:
Post a Comment
Mencoretan anda diterima kasihan oleh saya =)